Ahad, 19 Februari 2012

Pulau Tiga ( Survival Island ) & Klias Proboscis Monkey Wetland Cruise TOur 2 Hari 1 Malam

Hari pertama

7.00 am                     - Bertemu di lobby hotel, sarapan pagi dan bertolak ke Kuala Penyu.
10.00 am                   - Tiba di jeti Kuala Penyu dan bertolak ke Pulau Tiga.
11.00 am - 4.00 pm   - Tiba di Pulau Tiga, makan tengahari dan melakukan aktiviti-aktiviti menarik.
                                     Antaranya seperti mandi mud volcano,snorkeling dan lawatan ke Pulau Ular.
4.00 pm                     - Bertolak kembali ke Kuala Penyu.
4.30 pm                     - Tiba di jeti Kuala Penyu dan bertolak ke Klias Proboscis Monkey Wetlands.
5.30 pm - 7.00 pm     - Daftar masuk ke Klias Proboscis Monkey Wetlands,minum petang, rehat dan          
                                     makan malam.     
7.00 pm - 9.00 pm     - Menaiki bot dan melihat panorama kelip-kelip yang bercahaya seperti lampu pokok 
                                     krismas di sepanjang sungai Klias pada waktu malam.
9.00 pm                     - Kembali ke jeti dan berehat.


Hari Kedua

7.00 am                     - Sarapan pagi dan menaiki bot melihat proboscis monkey .Anda mungkin berpeluang
                                    melihat hidupan liar lain seperti buaya dan monyet macaques yang jarang ditemui di 
                                    sepanjang menyusuri sungai Klias ini.
9.00 am                     - Kembali ke jeti, daftar keluar dari Klias Proboscis Monkey Wetlands dan bertolak
                                    kembali ke Kota Kinabalu.
11.30 am                   - Tiba di Kota Kinabalu dan daftar masuk ke hotel.

                                  ~~~~~~~~~~~~~~~~ Lawatan Tamat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perkhidmatan kami = Pengangkutan pergi balik, pengangkutan bot pergi balik ke Pulau Tiga dan pulau  
                                     ular, bayaran konservasi ke Taman Negara Pulau Tiga,bilik tidur di Klias Proboscis 
                                     Monkey  Wetlands, bot ketika melihat kelip2 dan proboscis monkey, makan dan            
                                     minum seperti yang dinyatakan dan pemandu pelancong.

Tips                          = Membawa pakaian tambahan, tuala dan wang untuk lain-lain pembelian.
                           
Makluman               = Sekiranya jadual yang kami sediakan ini tidak menepati citarasa percutian anda,
                                     biarlah anda yang menentukannya, kerana bagi pihak kami, ANDA ADALAH 
                                     PELANGGAN YANG KAMI UTAMAKAN...



                  Perkhidmatan kami adalah bermula dari lobby hotel dan berakhir juga di lobby hotel.





Jumaat, 27 Januari 2012

Pulau Tiga ( Survivor Island )

Taman Laut Pulau Tiga dari udara




Kolam Mud Volcano
Pulau Tiga, pada mulanya merupakan Hutan Simpan, bagaimana pun, kawasan tersebut telah ditawarkan sebagai Taman Negara Sabah, pada tahun 1978. 
Pulau Ular
Matahari Terbenam
Taman Negara pulau Tiga (sekarang dikenali Taman Pulau Tiga) meliputi keluasan 39,000 ekar (15, 864 hektar). Pulau Tiga sendiri, mempunyai keluasan 1,500 ekar (607 hektar), manakala selebihnya adalah meliputi kawasan laut bunga karang termasuklah dua pulau kecil yang dikenali sebagai Pulau Kalampunian Besar dan Kalampunian Damit (Pulau Ular). 
Spesis Hidupan Marin
Taman Pulau Tiga, terletak di kawasan Teluk Kimanis, kira-kira 50 kilometer dari Kota Kinabalu. Pekan Kuala Penyu adalah merupakan pekan dan daratan yang terdekat dengan Taman Pulau Tiga, iaitu kira-kira 16 kilometer. Para pengunjung boleh datang ke Taman tersebut dengan menaiki bot dari Kuala Penyu. Biasanya perjalanan dengan bot memakan masa lebih kurang 25 minit. Para pelawat dari Kota Kinabalu atau W.P. Labuan, boleh menggunakan speed boat (bot laju) dan biasanya memakan masa 1 jam
. 
Laticauda Colubrina ( Ular Laut )
Selain daripada keunikan alam semulajadi yang masih belum tercemar, seperti hutan dara, tumbuhan bakau (mangrove), pantai-pantai yang berkilauan, di Taman Pulau Tiga memberi peluang kepada para pelawat untuk melihat lebih kurang 60 spesis burung, termasuklah burung Tambun (Megapodius freycinet) yang merupakan endemik species, di kepulauan Borneo. Selain daripada burung-burung, Taman Pulau Tiga juga turut dihuni oleh beberapa jenis binatang liar seperti Monyet (Maccaca Fasicularis) dan biawak (Eguana). Manakala di Pulau Kalampunian Damit (Pulau Ular), para pelawat dapat menyaksikan ular laut (Laticuda Calubrina) yang menjadi penghuni tetap di pulau tersebut. Pulau Ular (Snake Island) sejak kebelakangan ini telah menjadi tumpuan para pelawat dari luar negara. 
Para pelawat yang berminat dengan hidupan laut (Marine life) pasti akan merasai satu kepuasan apabila menyaksikan beraneka jenis hidupan laut, termasuklah bunga karang, yang terdapat di Taman Pulau Tiga, dan adalah dipercayai terumbu karang ini di antara yang tercantik di dunia. 
Turut menjadi daya tarikan pada para pelawat, ialah beberapa kawasan Gunung Berapi Lumpur (Mud Volcano) dan juga sarang-sarang Burung Tambun yang terdapat dipesisiran pantai.


Banyak aktiviti-aktiviti yang dapat anda lakukan bila telah tiba di sini. Antaranya yang pasti anda tidak lepaskan adalah mandi lumpur di dalam kolam semula jadi dan melihat matahari terbenam serta melawat ke Pulau Ular. Aktiviti lainnya adalah berkayak dan snorkeling. Pulau Tiga pasti tempat TERBAIK UNTUK ANDA DAN KELUARGA, dan PENGALAMAN YANG ANDA TIDAK AKAN LUPAKAN.